Pages

ORDER FORM / ENQUIRY

Name:
Phone number:
Email Address:
Mailing Address
Leave message / order list:
Payment Method?
How did you hear about us?

This form powered by Freedback

Thursday, June 3, 2010

ABOUT OUR CLOTH DIAPERS


 BABYLAND CLOTH DIAPER

Description:

1. Waterproof PUL outside.

2. Inner: Strong absorbent polyester material with breath ability, Preventing skin suffers diaper rash; or original cotton material, very soft and comfortable for baby's skin.

3. Insert: ...100% microfiber cloth, 3 layers.

4. Color: Variety of mix color & 4pcs printed cartoon & swirl designs

5. One size fit all: S.M.L all in one size. Can fit weight from 3Kg to 13 Kg.



Apa dia Cloth Diaper?

Cloth Diaper atau dalam bahasa Melayunya dipanggil lampin kain adalah lampin kain moden yang menyerupai seluar dalam. Dahulu jika kita pakaikan anak kita kain lampin,kita terpaksa melipat dahulu kain lampin, kemudian dipakaikan dengan plastik di bahagian luar............sekarang tidak perlu bersusah payah lagi kerana dengan adanya teknologi moden, kini terciptanya kain lampin moden yang lebih senang dipakai dan anak-anak kita akan rasa lebih selesa...



Bagaimana rupa Cloth Diaper ni?

Rupanya macam seluar, tapi kita boleh adjust saiznya mengikut saiz anak kita sama ada S, M atau L....jadi....1 CD tu boleh dipakai utk 3 saiz sekali.jimat kan?.....macam mana tu?

CD ni ada butang di bahagian depan untuk di adjust saiznya dan ada butang jugak di tepi bahagian pinggang untuk adjust saiz pinggang anak kita....mmmm menarik kan?


macam nilah rupanya

Bahagian luar dan dalam(inner) CD


CD ni boleh di adjust ikut saiz S, M atau L


Ini pulak cara nak masukkan insert. Insert ialah kain yang dimasukkan ke dalam poket CD untuk menyerap bila anak kita poo atau pee....tapi bila anak poo, poo dia tidak akan diserap. poo akan tertinggal di atas CD (inner). jadi kita buangkan dulu poo tu ke dalam mangkuk tandas sebelum di basuh.



Insert di masukkan ke dalam poket CD


CD dah siap untuk dipakai

(gambar ni adalah CD jenis velcro atau yang tempek)


Insert tu kalau siang pakai satu sahaja..kalau malam letak dua untuk lebih penyerapan...


Macam mana nak basuh CD ni?

Kalau anak kita pee, kita hanya keluarkan insert, kemudian bilas kedua-duanya bersih-bersih, kasi hilang dia punya pee.


Kalau poo, buang dulu poo nya ke dalam mangkuk tandas, kemudian basuh dengan air bagi hilang kesan poo tu, kemudian kumpulkan semua, masukkan dalam washing machine, basuh macam biasa.


Kalau nak bagi CD kita tahan lama, gunakan kain jaring supaya CD lebih tahan dan tak rosak semasa proses membasuh. Rosak macam mana? Plastik pada cover tu mungkin akan tanggal daripada cover. Jadi nak selamat, gunakan kain jaring semasa basuh.


Sabun pula, lebih baik gunakan Pureen H-A-D atau sabun yang tiada bahan pelembut atau pewangi untuk menjaga CD supaya tahan lebih lama.


Kenapa nak kena guna cloth diaper?

Ada yang cakap, kenapa nak guna CD ni? susah nak basuh, tak ada masa nak spend untuk basuh. Lebih baik pakai Diaper pakai buang.tak payah pikir dah nak basuh....


Inilah mentaliti kita sekarang, dek sibuk dengan kerja, tak ada masa untuk jaga kebaikan anak-anak..


Sebab pertama:

Dioxin dalam pampes pakai buang membahayakan kesihatan
Sebenarnya ibu-ibu tahukah anda apa yang ada dalam pampes pakai buang? Pampes pakai buang yang ada dipasaran sebenarnya berasal dari kertas-kertas buangan yang telah diputihkan menggunakan bahan kimia seperti dioxin... tahukah anda apa itu dioxin?


Dioxin ialah sejenis bahan peluntur. Jadi bila kertas buangan tadi diluntur, barulah dijadikan lampin pakai buang dan tuala wanita pakai buang. Semasa proses pelunturan, dioxin tidak hilang. Dioxin akan tinggal di dalam dispose diaper yang anak kita pakai..

Lihat lah laporan ini ibu-ibu..



Jadi, ibu-ibu fikirkanlah sendiri sama ada nak teruskan memakai lampin pakai buang atau bertukar memakai lampin kain moden ini. Bagi kita yang sihat, tak nampak lagi penyakit yang disebabkan oleh sisa-sisa toksik dalam lampin pakai buang ni, tapi tahukah ibu-ibu sekalian, telah dikenalpasti penyakit kanser yang dihidapi sekarang adalah berpunca daripada bahan toksik dalam lampin pakai buang yang dipakai.


Ibu-ibu fikirkanlah,anak kita pakai lampin pakai buang tu setiap masa selama lebih kurang 3 tahun...berapa lamakah anak-anak kita terdedah dengan sisa toksik?


Sebab kedua:

Jimat belanja untuk lampin pakai buang

Kos bagi lampin pakai buang

Anak anda menggunakan 7 lampin pakai-buang sehari pada kos RM0.60 setiap satu
RM0.60 X 7=RM4.20 sehari
RM4.20 X 365 hari=RM1533 setahun
RM1533 X 3 =RM4599 untuk 3 tahun

Kos menggunakan lampin kain

Untuk kemudahan anda, anda perlu menggunakan sekurang-kurangnya 12 helai, jika anda ingin mencucinya setiap hari:

Sehelai lampin dan insert: RM30

RM30 beli 12 helai: 12 X RM 30 =RM 360
Beli 24 helai: 24 X RM30 =RM720 (lebih banyak lampin, lebih tahan lama kerana lambat lusuh)

kos kekal sepanjang 3 tahun & anda boleh menggunakan lampin yang sama sekiranya ingin menambah keluarga

JADI ANDA JIMAT:
Hampir RM4000 untuk kos lampin !!!


Sebab ketiga:

Mudah di pakai dan di ubah suai
Lampin kain ini mudah di ubahsuai mengikut umur bayi kerana ia di jahit bersekali dengan butang . Hanya lekatkan butang dan ubah lampin dari saiz S , M dan L mengikut usia bayi anda. Kesemuanya hanya dengan sehelai lampin kain. Seronokkan?

Anda masih sangsi dengan kelebihan lampin kain ini? Ooops...nanti dulu kerana saya belum habis lagi!


Sebab keempat:

Tidak membahayakan kesihatan bayi
Oleh kerana cloth diaper ini di perbuat dari kain, kesihatan bayi anda lebih terjamin kerana lampin kain ini tidak mengandungi bahan kimia .Lampin pakai buang di perbuat dari pulpa (kertas ) yang menghasilkan bahan kimia dan boleh mengancam kesihatan dan nyawa bayi.



Sebab kelima:

Cepat kering bila di cuci
Anda tak perlu risau setiap kali anda mencuci lampin kain ini kerana ia mudah kering dan boleh di pakai semula dalam masa 2 jam. Lampin kain ini juga tidak memerlukan pencahayaaan yang berlebihan untuk proses pengeringan.


Sebab keenam:

Rekaan yang sungguh unik dan moden
Tak seperti lampin kain terdahulu, cloth diaper ini tak perlu di lipat seperti lampin kain biasa sebelum di pakai . Ini kerana ia di lengkapkan dengan poket khas untuk di masukkan pelapik atau insert yang menyerap air kencing yang kuat daya serap. Hanya masukkan pelapik kedalam poket khas dan bayi anda sedia untuk menggunakannya.



Sebab ketujuh:

Warna -warna yang memikat
Cloth diaper ini tersedia dalam warna yang terang dan nampak cantik bila di pandang. Bayi anda kelihatan sungguh ' cute' dan tak perlu memakai seluar lain lagi kerana ia sudah kelihatan bergaya dengan cloth diaper rekabentuk moden ini. Warna yang terang juga menyebabkan ia tak mudah cepat kotor dan nampak kusam bila di cuci selalu.


Sebab kelapan:

Tak mudah bocor
Oleh kerana bahagian luar cloth diaper ini di perbuat dari sejenis bahan kalis air yang di panggil polyutherane (PUL) , ia tak mudah bocor dan membasahkan seluar bayi atau tilam katil anda.


Sebab kesembilan:

Bayi akan rasa lebih selesa
Oleh kerana lapisan dalam cloth diaper ini di lapik dengan sejenis kain kapas khas bayi rasa lebih selesa dan kering. Ini berbeza dengan dengan lampin pakai buang yang di perbuat dari bahan sintetik yang mengakibatkan rasa panas , tiada pengudaraan dan merengsa kulit.



Kelemahan Lampin pakai buang


Ia mengandungi dioxin iaitu bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan bayi. Bahan kimia terhasil sewaktu proses pelunturan pulpa (bahan utama lampin pakai buang) menyebabkan bayi menanggung risiko kanser!


Menanbah masalah kerengsaan kulit bayi yang sensitif bersentuhan dengan air kencing mengakibatkan ia bertindakbalas dengan bahan kimia yang terkandung di dalamnya menyebabkan kulit bayi menjadi melecet dan ruam.


Punca kepada penyakit asma dan lelah kerana ia merosakkan sistem penyejukan badan dan boleh menganggu kesuburan pada masa akan datang selain mengganggu sistem hormon dan imunisasi badan kerana ia mengandungi bahan bertoksik.


Lampin pakai buang juga mencemar alam sekitar oleh kerana ia diperbuat daripada bahan sintetik,ia tidak mudah dilupuskan sekali gus menambah masalah pada alam sekitar yang menjadi tempat tinggal kita.



Nota: Lampin pakai buang memang membahayakan

kesihatan bayi anda!



Mahukah anda melihat buah hati kesayangan anda

terpaksa menempuh kesukaran demi kesukaran

akibat dari kecuaian anda sendiri?


AYUH! BERTUKARLAH SEKARANG KEPADA CLOTH DIAPER!!!

Glitter Words
[Glitterfy.com - *Glitter Words*] WHOSE INTERESTED, CONTACT ME..